“Umi.... Aliff cintakan Amirah bukan Suci..”ujar
Aliff.
“Umi tak boleh buat apa-apa lagi Aliff..Ayah kau dah janji dengan Uncle Haqimi..”Lembut suara Hajah Syuhadah.Dia bersimpati dengan anaknya.Jika ikutkan hati memang dia sangat berkenan dengan pilihan anaknya.Amirah Aisyah,gadis yang cukup didikan agama,lemah lembut,sopan,cantik..macam-macam pujian yang baiklah untuk Amirah.Suci?jangan haraplah dapat pujian yang baik-baik..ish..ish.
“Umi tak boleh buat apa-apa lagi Aliff..Ayah kau dah janji dengan Uncle Haqimi..”Lembut suara Hajah Syuhadah.Dia bersimpati dengan anaknya.Jika ikutkan hati memang dia sangat berkenan dengan pilihan anaknya.Amirah Aisyah,gadis yang cukup didikan agama,lemah lembut,sopan,cantik..macam-macam pujian yang baiklah untuk Amirah.Suci?jangan haraplah dapat pujian yang baik-baik..ish..ish.
“Kenapa tak bincang dulu dengan Aliff?This is my
life,about my future..”ujar Aliff lagi.
Hajah Syuhadah hanya mampu mengeluh.
~~~~~
“Bonda Suci taknak..Bonda tahukan dia boyfriend
kawan suci..”bantah Suci.
“Ya...bonda tahu,yang tak tahunya Ayah Suci...Suci
cakaplah kat ayah Suci tu...”ujar Datin Dzliah.Suci pantas mengeleng.
“Taknak lah Bonda..Suci takut.”ujar Suci separuh berbisik.Datuk Haqimi kalau sudah
marah..hemm...boleh pecah gegendang telinga dengar suara lantang dia.Boleh
bergegar kepala lutut.
“Tahu takut..”Bondanya tergelak melihat gelegat nak
tunggalnya.
“Bonda...”rengek Suci.Datin Dzliah hanya
berpura-pura tidak mendengarnya.
~~~~
“Aku akan pulangkan Aliff pada kau Mira.”Janji Suci
dalam hati sebaik dia sah menjadi isteri Aliff.Bekas seniorny ketika di UiTM 2
tahun lalu,juga merangkap teman lelaki sahabat baiknya.
2 tahun lalu...
“Saya peduli apa kalau awak ketua pelajar sekali pun
awak tak de hak nak halang saya berkawan dengan sesiapa pun.”marah Suci sebaik
di tegur Aliff ketika mereka mengikuti perkhemahan ke Negeri Sabah.
“Masalahnya sekarang,ayah saya amanahkan saya jaga
awak Suci...saya tak kisah awak kawan dengan sesiapa pun..tapi jaga maruah awak
sebagai perempuan..tak manis orang pandang kalau awak asyik bertepuk tampar
dengan lelaki..”tegur Aliff lagi.Wajahnya agak tegang.
“Ehh,hello..saya tahulah awak SENIOR kat sini..tapi
agak-agaklah.Jangan nak berlagak jadi abang saya pulak...Saya dah besar,bukan
budak kecik lagi.!”cebik Suci.Aliff mengetap gigi.
“Umur je yang meningkat..perangai tetap
budak-budak.”gumam Aliff.
Suci memandang Aliff dengan wajah tidak puas hati.
“ya-Allah,harap-harap aku tak dapat husband macam
boyfriend kawan aku ne..tersiksa jiwa ragaku..”doa suci siap menadah tangan
lagi.kemudian tersengeh memanndang Aliff setelah mengaminkan doanya.
“Suci!!sempat pulak dia berangan..tak kesian ke suami
kau kat depan kau tu..??”suara riuh saudara mara Suci mematikan
lamunannya.Sedar-sedar Aliff sudah berada di hadapannya untuk majlis
membatalkan wuduk.Jantung Suci berdegup kencang.
‘Bonda...suci taknak kawin...’Rintihnya dalam
hati.Tanpa disedari air mata sudah mengalir di pipinya.Ni bukan air mata
gembira taw!Sedih kawin dengan mamat ne..kalau ayah kawinkan dengan Aliff Aziz
tak pe lah jugak.
“Wah...sweetnya!”puji saudara maranya lagi sebaik
Aliff mencium dahi dan menyeka air matanya.Jantung Suci kini lebih pantas
berdegup.
‘Hai jantung..elok-elok tadi kau marathon
je,sekarang boleh pulak kau racing macam F1’Bisik hatinya sendiri.
“Saya takkan jatuh cinta kat awak.”sempat bisikan
halus Suci menyapa telinga Aliff.Di pandang wajah Suci yang masih menutup mata.
~~~~~
“ARGH!”jerit Suci sebaik masuk ke rumah Aliff.(Bukan
rumah kelurga Aliff)
“Astagfirullahalazim..awak ne kenapa jerit-jerit
ne?”tegur Aliff terperanjat dengan jeritan Suci.
“Ya-Allah...Aku tak nak kawin dengan
dia...Mira!please ganti aku jadi isteri dia”rintih Suci langsung tidak melayan
Aliff.Suci menuju ke sofa berangkai tiga.Tubuh lesunya di hempas.
“Kalau nak tidur pun pegilah kat atas..”Ujar Aliff
lagi.Tiada respon dari Suci.
“Hai..macam manalah saya nak hidup dengan awak
ne..”keluh Aliff pulak.Beg-beg pakaian mereka dibawa naik ke tingkat atas.
Aliff turun kembali ke ruang tamu.Suci masih dalam
keadaan berbaring sambil memeluk beg tangannya.
“Suci..”panggil Allif mendekati sofa. Tiada respon
lagi dari Suci.
Aliff mengambil beg di pelukan Suci..
“Ya-Allah,dah tidur?”Aliff tergelak kecil.ingin
dikejutkan namun dia tidak sampai hati sebaik terpandang ada sisa air mata di
wajah gadis itu.
“Aku Redha andai Allah menciptakan gadis ini buatku..semoga
Engkau wujudkan cintaku buat gadis ini..”doa Aliff perlahan.
~~~~~
“Saya nak bilik asing-asing ekk..awak tahu kan kita
ne bukan kahwin sebab cinta kan?so saya nak kita tak lebih dari seorang kawan
serumah..paling penting,awak tak boleh sentuh saya..!”pinta Suci bersambung
amaran keras buat suaminya.Aliff terkesima.Bagai hendak jatuh rahangnya ketika
itu.
“Mahzab mana awak pakai ne suci??saya tak kisah lah
pasal sentuh-sentuh ne..tapi asing bilik?awak bukan taktahu family kita
tu..lebih lebih lagi awak tu..anak manja!naknya hari-hari jengguk awak kat
sini..”Jawab Aliff selamba sambil menikmati minuman petang yang di sediakan
Suci..
“Ehhh?!anak manja?sejak bila pulak saya ne anak
manja?awak jangan pandai-pandai buat statement tu okey...saya bukan
manja!”Bantah Suci menarik muncung panjang.Aliff menahan tawa.
“Apa-apalah..tapi yang penting saya tak setuju asing
bilik..kalau parents tanya awak nak jawb apa pulak?”Ujar Aliff ada
benarnya.Suci berfikir.
“Tapi bahaya lah kita duduk sebilik awak..saya tak
percaya lelaki macam awak ne...nampak je alim..tapi lelaki tetap jugak lelaki
kan?bukan malaikat tak de nafsu..”selamba suci menjawab.Aliff buat muka tiada
perasaan.
“Awak jangan risaulah..saya takkan kacau
awak...lagipun..”Aliff meleretkan suaranya sambil matanya memerhati Suci dari
atas ke bawah.
“Hei!!”merah padam muka Suci apabila dibuat
begitu.Kedua tangannya sudah bersilang di dadanya.
“Pervert!”marah Suci.Aliff tergelak.Terserlah lesung
pipit kecil di hujung senyumannya.kiri dan kanan..
‘Wah....hensem jugak husband aku ne..’desis hati
Suci.
“Awak jangan risaulah Suci..Lagipun awak bukannya
menarik sangat pun..”Ujar Aliff sengaja menyakitkan hati Suci.Tapi,siapa cakap
Suci tak menarik?Tanyalah mana-mana lelaki,mesti mereka juga bersetuju bahawa
Suci memang cantik dan menarik.
“Alhamdulillah kalau saya tak menarik pada
awak,ertinya saya selamat dari awak..”ujar Suci penuh kesyukuran.Siap
mengaminkan doa lagi gayanya.
“so?setuju tinggal sebilik?”Tanya Aliff.
“so?setuju tinggal sebilik?”Tanya Aliff.
“Okey deal..tapi awak kena jaga batas aurat antara
kita.saya geli tengok lelaki seksi.contohnya tak pakai baju..”ujar Suci masih
dengan syarat-syaratnya.Aliff menggaru kepala yang tidak gatal.
“InsyaAllah..janji,awak pun samalah...tapi tak
payahlah sampai nak pakai tudung segala..kita ne dah sah suami isteri..dah
halal pun saya nak tengok rambut awak...ini,sejak pulang dari rumah Bonda
sampai sekarang..masih pakai tudung..”sempat Aliff menegur.Suci tersengeh
memegang kepalanya yang masih dibaluti tudung.
“Hee...saya segan nak buka tudung depan awak..saya
tak biasa..”Ujar Suci sambil tersengeh serupa kerang busuk!
Aliff hanya mengangkat kening memandang Suci.Muka
tiada persaan lagi yang dia tayang.
“so?”Ujar Aliff masih memandang Suci.Suci jadi
binggung dengan pertanyaan Aliff.Suci turut mengangkat keningnya,bertanya
kembali pada Aliff.
“So apa?”
“Tudung?awak taknak buka?”Tanya Aliff lurus.Muka Blur lagi.
“Tudung?sekarang?ish..taknak lah..nanti-nanti jelah
Encik Aliff..”Bantah Suci.
Aliff sengaja tayang muka tiada perasaan.Sengaja
memberi tekanan pada Suci.Sebenarnya dia sengaja ingin mengambil keesempatan.Siapa
tidak ingin melihat mahkota gadis di hadapannya?sedang bertudung cantik,apatah
lagi jika tidak bertudung.
“Rambut awak panjang tak?”soal Aliff setelah lama
berdiam diri.
“Ehh?ada ke soal macam tu....rambut saya pendek
je...Eh?!!!!”belum habis Suci berbicara,Aliff dengan selamba membuka pin tudung
suci satu persatu.Bila Suci membantah,dia hanya membuat isyarat supaya gadis
itu diam.
“Kata pendek..”Ujar Aliff kembali duduk di kerusinya
tadi setelah selesai menjalankn misinya.
Suci sudah buat muka tidak puas hati memandang
Aliff.Rambutnya yang lurus mencecah pinggang sudah terlepas bebas.Cantik!memang
cantik!
“Bencilah awak ne..!”bentak Suci mencapai tudungnya
lalu naik ke tingkat atas.
Aliff yang
tadinya buat muka tiada perasaan sudah tersenyum.
“SubhanAllah..”Pujinya kagum dengan keindahan
ciptaan-Nya.Memang sebentar tadi dia terpegun dengan kecantikan Suci.Tapi
sengaja tidak menunjukan minatnya di hadaapan Suci.
‘Aku suka perempuan rambut panjang.’desis
hatinya.sekali lagi senyuman menghiasi bibirnya.
~~~~~
“Aliff,saya tak selesa nak tidur sekatil dengan
awak...”Akui Suci sambil duduk memeluk bantal di atas katil bersaiz king milik
Aliff sebelum ini.
“Ya-Allah..Suci,suci..Besarnya katil tu..masih nak
bimbang lagi..takkan awak nak saya tidur kat sofa pulak?Ke awak yang sukarela
nak tidur kat sofa?”Ujar Aliff sambil membuka kaca matanya.
“Eyii...taknak lah..sakit badan..”tanpa sedar Suci
sudah mengeluarkan sifat manjanya.Merengek.
“Saya pun tak benarkan awak tidur kat sofa..nanti
tak gentle lah pulak saya..sayakan gentlemen..”Gurau Aliff sambil tersengeh.
“Aduh.saya tahu la lesung pipit awak tu cute..tak
payah nak jeleskan saya..”ujar Suci selamba memuji.
“Alhamdulillah syukur ada orang puji saya..saya tak
cakap,awak yang cakap..”Ujar Aliff sudah
menarik selimut.
Suci gusar.Ada sesuatu yang kurang.
“Awak taknak tidur ke??esok nak bangun awal solat..”soal
Aliff.Berkerut keningnya memandang Suci yang masih memeluk bantal.
“Saya bukan apa..saya tak boleh tidur kalau takde
bantal peluk saya..”Ujar Suci jujur..matanya bulat membalas pandangan Aliff.
Aliff tanpa menungu lama sudah tergelak besar.
“Saya ingat lagi 2 tahun lalu,ada budak tu mengaku
dia dah besar..tapi buktinya sekarang,sah budak..masih tak mature..ada bantal
busuk..hahahaha”Aliff tergelak.
“Aliff!awak ne,kejam tau..saya taknak kawan awak lgi
dah..saya taknak tidur kat bilik ne..”Rajuk Suci terus keluar dari
bilik.Selimut Aliff turut di bawa lari.
Aliff menyambung ketawanya lagi.
Di ruangtamu Suci sudah berselubung dengan selimut
di atas sofa berangkai.
“Huu..kejam!lucu sangat ke ada bantal busuk?lagipun
bantal peluk aku tu bukan busuk pun..comel dan wangi adalah..”bebel Suci dalam
keadaan muka tersembunyi di dalam selimut.
Aliff yang berdiri di sisinya langsung tidak
diperasankan kehadirannya.Aliff tersenyum-senyum.
“Suci..”panggil Aliff mengejutkannya.Namun tidak di
endahkan.Merajuklah katakan.
“Saya minta maaf..pandang sini lah..”Pujuk
Aliff.Tidak perlu dia melembutkan suara,sebab sedia lembut.Romantik dan sedap
di dengar.
“Taknak!kan saya dah cakap kita putus kawan..”bentak
Suci.kedengaran manja di telinga Aliff.Memang manja pun.
“Kalau awak taknak tak pe lah..saya jelah bawa
bantal busuk awak ne tidur..good night..Assalamualaikum..”Aliff memancing
perhatian Suci.
Suci bingkas duduk berniat memnghalang Aliff.
“Awakk..”Kata-katanya terhenti sebaik melihat
Aliff masih di sisinya tersenyum,di
tangannya ada bantal kesayangan Suci.Bantal peluk berwarna hijau lembut.Spontan
senyuman Suci terukir lebar.
“Sukalah tu..kalau wak nak,ikut saya..”Ujar Aliff
terus meninggalkan Suci.Tanpa menunggu lama,Suci pantas mengejar Aliff.
Menurut Aliff,Bondanya yang memberitahu Aliff
tentang bantal peluknya.Bondanya jugalah yang memberikan bantal itu pada Aliff.
‘Tak kisahlah..yang penting tidur aku lena’
~~~~~
Sudah dua bulan mereka sah sebagai suami
isteri.Hubungan mereka semakin rapat.Namun Cuma sekadar kawan tidak lebih dari
itu.Di rumah Suci sebagai isteri,di tempat kerja,Suci setiausahanya.Hemm..
“Aliff,tak lama lagi Mira dah nak balik
Malaysia..macam mana ne?saya tak nak kecewakan dia..kalau dia tahu saya kawin
dengan awak?”soal Suci ketika mereka sedang menonton televisyen.
Aliff diam matanya langsung tidak beralih sedikit
pun dari kaca televisyen.
“Aliff..awak dengar ke tak ne??”Tanya Suci sambil
menarik hujung baju Aliff.
Masih diam tidak terkutik.
“Eeeee..Awak...dengarlah saya nak cakap ne..”Suara
Suci sudah berubah rentak.
“Saya dah bagi tahu dia kita kawin...”Ujar Aliff
tanpa memandang Suci.
“What??!”Suci terjerit.Bulat matanya memandang Aliff
yang jaraknya setengah depa.
“Adoii..janganlah jerit-jerit...dah malam ne.”tegur
Aliff.
“Awak kenapa awak bagi tahu dia??Kan saya dah cakap
kat awak,kita kena cerai dulu..”belum habis Suci berbicara Aliff memotong.
“Saya takkan ceraikan awak walau apa pun terjadi!Dan
saya nak awak berhenti cakap pasal cerai!”Tegas suara Aliff.Suci terdiam.Mereka
bertatapan.Tajam mata Aliff menikam anak mata hazel milik Suci.
“Saya dah janji dengan diri saya Aliff..saya akan
pulangkan awak pada Mira.Awak bukan milik saya..”Ujar Suci rendah nadanya.Dia
terus berlalu meninggalkan Aliff.
“Saya dah mula cintakan awak Suci...kenapa awak tak
faham?”bicara Aliff sendiri.Dia mengeluh.
“Asslamualaikum Mira...ni Suci..”Sapa Suci.Air
matanya berlinangan.Dia sayangkan kedua-duanya.Tapi untuk memiliki Aliff
bermakna dia akan melukakan hati teman yang amat di sayanginya.
“Walaikumsalam...”Jawab Amirah perlahan di hujung
talian.Sepi.
“Aliff dah bagi tahu Mira pasal kami?”Soal Suci.Sepi
lagi.Tidak lama lepas itu dia terdengar keluhan kecil di hujung talian.
“Mira...Aku..aku minta maaf..”Ujar Suci sebak.Rasaa
bersalah menghantui dirinya.
“Sucii...kenpa boleh jadi macam ne..”ujar Amirah
lirih.
“Aku terpaksa Mira...”
“Aku cintakan dia,Suci..sangat cintakan dia..”Akui
Amirah.
“Mira dengar sini...aku janji akan pulangkan Aliff
pada kau..Aku janji Mira..”Ujar Suci memberi keyakinan pada Amirah.
“Kau gila ke Suci...Korang dah nikah..”
“Aku akan pastikan Mira..InsyaAllah aku akan
pastikan..”Ujar Suci.
“Jangan Suci..”
“Aku taknak khianati kau..”
~~~~~
Sejak kejadian itu Suci semakin menjauhkan diri
daripada Aliff.Dia akan sedaya upaya mengelakkan diri daripada Aliff.Dia perlu!Tinggal
sebulan lagi Amirah akan kembali ke Malaysia.
Hari ini Suci sengaja pulang lewat.Dia malas
menumpang kereta Aliff.Aliff tiada pilihan lain.
“Alamak..hujanlah pulak.”Suci mengeluh sendiri.Dia
berteduh di perhentian bas terdekat.
“Takkan aku nak minta tolong dengan Aliff??seganlah
pulak..”Ujarnya sendiri lagi.
Tiba-tiba,telefon bimbitnya barbunyi.
‘Aliff?macam tahu-tahu je aku perlukan dia..’
“Hello assalmualaikum...”
“Waalaikumsalam..Suci awak kat mana ne??”Suara risau
Aliff menyapa telinganya.
“Saya kat perhentian bas depan pejabat..hujan lah
awak...susah saya nak cari kereta..”Adu Suci,sebelah tangannya bermain dengan
hujan.
“Okey...awak tunggu je...saya datang ambil...”ujar
Aliff terus mencapai kunci keretanya di atas meja
“Thanks Aliff...”Suci ingin menamatkan panggilan
namun Aliff segera menahan.
“Suci..jangan putuskn talian...Saya risau...”Ujar
Aliff bersungguh-sungguh.Terharu Suci mendengarkan kata-kata lelaki itu.Suci
menurut apa yang di pinta Aliff.
Aliff menyambung handsfree sebaik dia memulakan pemanduan.
Sepanjang perjalanan Aliff cuba berbual dengan
Suci.Hampir 15 minit berlalu.
“Aliff,a.aa..ada lelaki..”tergagap-gagap Suci
memberitahu dengan suara agak perlahan.
“Wei..ada chikaro laa...”Ujar seorang daripada 4
lelaki berpakaian agak selekeh itu.
Suci,hanya tunduk menekur lantai.Tidak berani
menggangkat wajah.Tubuhnya yang sudah sedia sejuk mengeletar ketakutan.Suara
Aliff d hujung talian sudah tidak didengarinaya lagi.
‘Ya-Allah..lindungilah aku...Alifff....’Doanya.dia
berharap Aliff tiba tepat pada masanya.
“Hai...Sorang je ke?”soal lelaki berbaju merah
pulak.Dengan berani duduk di sisi Suci.
“Adoi..Sam,memang gagal bm lah kau ne...dah nampak
dia sorang lagi mau tanya ka?”Tegur lelaki lain pulak.Kemudian mereka semua
tergelak.Keempat-empat lelaki itu sudah mengelilingi Suci.
‘Kenapa badan aku tak boleh gerak ne?!’getus
hatinya.
‘Bonda...’Serunya dalam hati.dia terlalu takut air
mata jangan tanyalah.Jantungnya berdegup kencang sekali.
“Adik...malam ne temankan kami semua ekk...lagipun
adik dah kesejukan kat sini..”Bisik lelaki yang bernama Sam.Tangan lelaki itu
cuba menyentuh pipi Suci.pantas Suci menepis.
“Wooo...dia main kasar...”sorak
teman-temannya.Senyuman menakutkan dihadiahkan pada Suci.Suci berdiri ingin
melarikan diri.Dengan pantas Sam dan rakan-rakannya menghalang.Siap ketawa
lagi.Maklum jelah macam mana gelak orang penjahatkan..?Tangan Suci di
rentap.Suci meronta-ronta dalam esakannya.
“Lepaskan saya......”Pintanya dalam tangisan.Sam
bertindak memeluk Suci.Hendak menjerit dia pasti tiada yang dengar,memandangkn
hujan lebat,lebih-lebih lagi dalam keadaan gelap macam ne siapalah yang dapat
melihatnya.
“Aliff!”Jerit Suci.Suci menutup matanya.
Bukk!!!
Terdengar suara orang mengerang,tubuhnya juga terasa
di lepaskan.
“Suci!”Suara Aliff menyapa telinganya.
“Aliff....”Lirih suara Suci sambil memandang wajah
Aliff dengan linangan air mata.
Tanpa menunggu lama,Aliff bertindak membelasah
keempat-empat lelaki itu.Bukan susah baginya untuk menewaskan
penyangak-penyangak itu memandangkan dia juara tae kwan do dan silat sejak di
bangku sekolah lagi.Suci pun tahu.
~~~~~
“Mula hari ne saya taknak awak balik sorang-sorang lagi..saya
taknak awak ambil teksi atau bas.”Tegas suara Aliff lebih kepada arahan.
Ketika itu Suci baru selesai solat isyak.Terlekung
dan sejadahnya di letak ke tempat biasa.
Mata Aliff
tidak lepas dari terus merenung setiap perbuatan Suci.Tajam.Bukan dia marah
tapi geram.geram dengan kedegilan Suci.
Mata Suci jelas masih merah kesan daripada
tangisannya yang panjang tadi.
Suci hanya mendiamkan diri.
“Awak taknak balik bilik awak ke?saya nak
tidur..”ujar Suci dengan suara yang agak perlahan.
“Suci...Hari ne awak kena tidur di bilik saya..”Ujar
Aliff sudah menarik selimut yang menutupi tubuh gadis itu.
“Taknak..saya tak percaya awak...”ujar Suci
selamba.dia menarik kembali selimutnya di tangan Aliff.
“Saya tak kisah awak percaya saya ke tak..yang
penting saya nak awak tidur kat bilik saya juga..”Tegas Aliff lagi.Suci menayang muka tidak puas hati.
“Eyiiii...bunyi je dah menggerunkan saya..”Pantas
Suci menutup seluruh tubuhnya termasuk kepala.
“Awak yang degil...jadi jangan salahkan saya.”Suara
Aliff kedengaran dekat sekali.Tiba-tiba tubuhnya terasa melayang.Suci menjerit.
“Aliff...turunkan saya...turunkan!”Ronta Suci.Aliff
sudah mencempungnya.sekali dengan selimut.
“Jangan gerak...nanti jatuh patah tulang riuk jangan
salahkan saya.”ujar Aliff.Suci berhenti meronta.
:”Saya tahulah nak jalan sendiri..”Getus Suci geram
sebaik tubuhnya di letakkan di atas katil yang pernah digunakan dulu.
Tiba-tiba Aliff memeluk tubuhnya erat.Suci
tersentap.kaku.
“Saya risaukan awak Suci...please jangan buat macam
ne lagi..saya taknak jadi apa-apa kat awak...Saya sayangkan awak..”bergetar
suara Aliff menuturkan setiap kata-kata itu.Suci tersenyum.
“Saya minta maaf sebab buat awak risau...dan terima
kasih Aliff sebab tolong saya..”Ujar Suci lembut turut membalas pelukan
Aliff.Perlahan-lahan esakkannya kedengaran lagi untuk kesekian kalinya.
‘Mira aku cintakan Aliff’desis hatinya perlahan.Dia
sudah tidak mampu menepis perasaan yang kian hadir sejak akad nikah Aliff lafazkan.
~~~~~
“Ya-Allah...Suci bangun! Matahari dah tegak atas
kepala tak bangun-bangun jugak...”Bebel Aliff membuka semua jendela.Selepas
solat subuh bersama tadi suci menyambung tidur.
“Relaxlah boss...hari ne kan cuti...”Suara serak
Suci kedengeran malas sekali.
“Astgfirullahalazim...”Aliff pantas menarik telinga
Suci.
“Aaaaaaaaa.....Aliff...sakit lah!”Suci menepis
tangan Aliff.Suci duduk.
“Bangun..dah jam 9 suku.Apa jenis isterilah awak
ne..”kutuk Alif.
“Alaaa...heri ne je pun,,,berkira sangat awak ne..”Suci
turun dari katil terus mengemas katil.
“Buruk punya perangai jangan diamalkan..nanti jadi
penyakit yang kronik..”ujar Aliff.
“Mak ai....Rambut..”Suci terjerit apabila terlihat
wajahnya di cermin.Rambutnya yang agak kurang kemas segera di sikat.Aliff
mendekatinya.
“Hah?nak mulalah tu..”kata Suci sambil membalas pandangan
Aliff yang betul-betul berada di belakangnya.
“Nak mula apa?”soal Aliff terpinga-pinga.
“Ganguan seksual awaklah...sesedap ayam masak merah
je awak peluk saya semalam..fikir saya tak sedar ke?apa ingat saya tidur
mati?”Ujar Suci geram.Semalam bukan main lagi Aliff memeluknya.Dibuang ketepi
bantal peluk kesayangan Suci yang menjadi sempadan mereka.
“Ehehe..ada ke?”Soal Aliff membuat muka tidak bersalah.
“Tanya lagi?”Suci berputar menghadap Aliff.Tambah
geram.
“Alaaa awak tak tolak pun?Lagi pun bukan
dosa..Halal.Takkan awak nak saya peluk perempuan lain?”Jawab Aliff selamba
mengenakan Suci kembali.Merah padam pipi suci di buatnya.
“Saya bukan taknak tolak tapi time tu saya ngantuk
sangat..lagipun saya taknak dapat label isteri derhaka...nanti tak cium bau
syurga...”Jawab Suci cover malulah tu.
“Wah..awak pakai blusher...Patutlah ayah bonda awak
bagi nama Nur Suci Hummairah...”Ujar Aliff terus menyentuh pipi Suci.
“Aliff...Tangan awak tak boo... Uwaaaaaaa....Apa
aawak buat ne?!”Suci menjerit sebaik pipinya dikucup lembut.
“Aik?tadi kata taknak jadi isteri derhaka..”Ujar
Aliff selamba.
Mata Suci sudah berkaca-kaca memandang Aliff.Geram
bila Aliff terus mempermainkannya.Aliff tersenyum manis sekali lagi mengucup
pipi Suci.
“Saya Cintakan Awak..”Luah Aliff dalam senyuman yang
masih menghiasi bibirnya.
“Saya taknak cintakan awak..,tapi saya rasa saya
terpaksa cintakan awak..saya benci awak sebab buat saya suka awak...”Tutur Suci
sambil menarik kedua-dua belah pipi Aliff.Aliff mengerang namun hatinya berbunga
gembira.Dia menarik Suci kedalam pelukannya.
“Mira dah benarkan saya cintakan awak... “Bisik
Aliff di telinganya.Suci terperanjat.
“Hah?!Bila awak tanya?”soal Suci menolak perlahan
tubuh Aliff.Aliff tersengeh sambil
menggaru dahinya.
“Lupa pulak...dia ada kat bawah..dengan bakal suami
dia..”Ujar Aliff selamba.mata Suci sudah membulat.
“Ya-Allah!Apasal tak bagi tahu..”Suci meluru ke
pintu bilik.
“Amboi...nak turun dengan pakaian macam tu je?tudung
tak de,basuh muka pun belum lagi..”Tegur Aliff. Suci seger berpatah balik.Aliff
sudah tergelak.
Suci sempat menjelirkan lidah pada Aliff sebelum
berlalu ke bilik air.
~~~~~
“Aku redha jodoh aku bukan dengan Aliff,Suci..Aku
sayang kau,jadi aku amanahkan kau jaga Aliff...lagipun. bakal suami aku pun tidak
kurang hebat macam suami kau..”Ujar Amirah sambil tersenyum.
“Kau tak bagi tau aku pun pasal Iqhwan...”Suci
berpura-pura merajuk.
“Aku pun bukan tau sangat...Iqhwan jadi boss aku tak
bagi aku hint pun yang dia suka aku...tup-tup balik je kami dari kursus kat UK
dia terus pinang aku.Ibu Ayah aku terus setuju..Aku tanya kenapa dia tak cakap
sebelum masuk meminang,dia jawab saya nak bercinta dengan awak lepas
nikah..Alhamdulillah..Aku suka dia..InsyaAllah nanti aku cintakan dia
lah..lepas nikah..”Cerita Amirah bibirnya tidak lekang dari senyuman.Terpancar
riak bahagia di wajahnya.
:”Aku doakan kau bahagia Mira..”
“Aku doakan kau jugak bahagia Suci..”
~~~~~
“Assalamualaikum...Apasal sayang lawa-lawa malam
ne?”Soal Aliff sengaja menyakat Suci.Dia tahu Suci sedang menahan malu.Malam
itu Suci Cuma memakai gaun tidur nipis berwarna putih hadiah daripada
Aliff.Malah Aliff yang menyuruhnya untuk pakai pada malam itu.
“Waalaikumsalam..Saja nak lawa-lawa.sebab lepas ne
nak buat fesyen show kat jiran-jiran..”jawab Suci geram.
Aliff tergelak kemudian memaut pinggang Suci.
“Marah ke?”
“Taklah Happy!”
“Cantiklah Suci pakai gaun ne...”Puji Aliff.
“Suci pakai apa pun memang cantik...Abang je yang
tak perasan..”Jawab Suci selamba Sudah tidak ber’saya’’awak’ lagi.
“Ceh...masuk kereta pandu sendirilah pulak dia
ne..padahal sebab baju tu yang cantik buat dia nampak cantik..”Sakat Aliff
lagi.
“Abang nak saya tunda lagi ke malam pertama kita,ke
tahun depan?”Soal Suci geram.Aliff ketawa.
“Taknaklah..Abang nak qada’ first night kita malam
ne gak...”Ujar Aliff berbisik di telinga Suci.Suci sudah tersenyum malu.
‘Ya-Allah semoga Engkau sentiasa beradakan hubungan
kami di jalan yang Engkau redhai..Tetapkan hatiku untuk dia seorang..Aku
mencintai dia kerana-Mu..Bahagiakan kami hingga akhirat..Amin
yaRabbAlamin..’Doa suami isteri tersebut dalam
hati.
By Hand: Puteri Desa
My first try
BalasPadamGood
BalasPadam