Sabtu, 14 September 2013

Cerpen: Terpaksa Cinta

“Umi.... Aliff cintakan Amirah bukan Suci..”ujar Aliff.
“Umi tak boleh buat apa-apa lagi Aliff..Ayah kau dah janji dengan Uncle Haqimi..”Lembut suara Hajah Syuhadah.Dia bersimpati dengan anaknya.Jika ikutkan hati memang dia sangat berkenan dengan pilihan anaknya.Amirah Aisyah,gadis yang cukup didikan agama,lemah lembut,sopan,cantik..macam-macam pujian yang baiklah untuk Amirah.Suci?jangan haraplah dapat pujian yang baik-baik..ish..ish.
“Kenapa tak bincang dulu dengan Aliff?This is my life,about my future..”ujar Aliff  lagi.
Hajah Syuhadah hanya mampu mengeluh.
~~~~~
“Bonda Suci taknak..Bonda tahukan dia boyfriend kawan suci..”bantah Suci.
“Ya...bonda tahu,yang tak tahunya Ayah Suci...Suci cakaplah kat ayah Suci tu...”ujar Datin Dzliah.Suci pantas mengeleng.
“Taknak lah Bonda..Suci takut.”ujar Suci  separuh berbisik.Datuk Haqimi kalau sudah marah..hemm...boleh pecah gegendang telinga dengar suara lantang dia.Boleh bergegar kepala lutut.
“Tahu takut..”Bondanya tergelak melihat gelegat nak tunggalnya.
“Bonda...”rengek Suci.Datin Dzliah hanya berpura-pura tidak mendengarnya.
~~~~
“Aku akan pulangkan Aliff pada kau Mira.”Janji Suci dalam hati sebaik dia sah menjadi isteri Aliff.Bekas seniorny ketika di UiTM 2 tahun lalu,juga merangkap teman lelaki sahabat baiknya.
2 tahun lalu...
“Saya peduli apa kalau awak ketua pelajar sekali pun awak tak de hak nak halang saya berkawan dengan sesiapa pun.”marah Suci sebaik di tegur Aliff ketika mereka mengikuti perkhemahan ke Negeri Sabah.
“Masalahnya sekarang,ayah saya amanahkan saya jaga awak Suci...saya tak kisah awak kawan dengan sesiapa pun..tapi jaga maruah awak sebagai perempuan..tak manis orang pandang kalau awak asyik bertepuk tampar dengan lelaki..”tegur Aliff lagi.Wajahnya agak tegang.
“Ehh,hello..saya tahulah awak SENIOR kat sini..tapi agak-agaklah.Jangan nak berlagak jadi abang saya pulak...Saya dah besar,bukan budak kecik lagi.!”cebik Suci.Aliff mengetap gigi.
“Umur je yang meningkat..perangai tetap budak-budak.”gumam Aliff.
Suci memandang Aliff dengan wajah tidak puas hati.
“ya-Allah,harap-harap aku tak dapat husband macam boyfriend kawan aku ne..tersiksa jiwa ragaku..”doa suci siap menadah tangan lagi.kemudian tersengeh memanndang Aliff setelah mengaminkan doanya.
“Suci!!sempat pulak dia berangan..tak kesian ke suami kau kat depan kau tu..??”suara riuh saudara mara Suci mematikan lamunannya.Sedar-sedar Aliff sudah berada di hadapannya untuk majlis membatalkan wuduk.Jantung Suci berdegup kencang.
‘Bonda...suci taknak kawin...’Rintihnya dalam hati.Tanpa disedari air mata sudah mengalir di pipinya.Ni bukan air mata gembira taw!Sedih kawin dengan mamat ne..kalau ayah kawinkan dengan Aliff Aziz tak pe lah jugak.
“Wah...sweetnya!”puji saudara maranya lagi sebaik Aliff mencium dahi dan menyeka air matanya.Jantung Suci kini lebih pantas berdegup.
‘Hai jantung..elok-elok tadi kau marathon je,sekarang boleh pulak kau racing macam F1’Bisik hatinya sendiri.
“Saya takkan jatuh cinta kat awak.”sempat bisikan halus Suci menyapa telinga Aliff.Di pandang wajah Suci yang masih menutup mata.
~~~~~
“ARGH!”jerit Suci sebaik masuk ke rumah Aliff.(Bukan rumah kelurga Aliff)
“Astagfirullahalazim..awak ne kenapa jerit-jerit ne?”tegur Aliff terperanjat dengan jeritan Suci.
“Ya-Allah...Aku tak nak kawin dengan dia...Mira!please ganti aku jadi isteri dia”rintih Suci langsung tidak melayan Aliff.Suci menuju ke sofa berangkai tiga.Tubuh lesunya di hempas.
“Kalau nak tidur pun pegilah kat atas..”Ujar Aliff lagi.Tiada respon dari Suci.
“Hai..macam manalah saya nak hidup dengan awak ne..”keluh Aliff pulak.Beg-beg pakaian mereka dibawa  naik ke tingkat atas.
Aliff turun kembali ke ruang tamu.Suci masih dalam keadaan berbaring sambil memeluk beg tangannya.
“Suci..”panggil Allif mendekati sofa. Tiada respon lagi dari Suci.
Aliff mengambil beg di pelukan Suci..
“Ya-Allah,dah tidur?”Aliff tergelak kecil.ingin dikejutkan namun dia tidak sampai hati sebaik terpandang ada sisa air mata di wajah gadis itu.
“Aku Redha andai Allah menciptakan gadis ini buatku..semoga Engkau wujudkan cintaku buat gadis ini..”doa Aliff perlahan.
~~~~~
“Saya nak bilik asing-asing ekk..awak tahu kan kita ne bukan kahwin sebab cinta kan?so saya nak kita tak lebih dari seorang kawan serumah..paling penting,awak tak boleh sentuh saya..!”pinta Suci bersambung amaran keras buat suaminya.Aliff terkesima.Bagai hendak jatuh rahangnya ketika itu.
“Mahzab mana awak pakai ne suci??saya tak kisah lah pasal sentuh-sentuh ne..tapi asing bilik?awak bukan taktahu family kita tu..lebih lebih lagi awak tu..anak manja!naknya hari-hari jengguk awak kat sini..”Jawab Aliff selamba sambil menikmati minuman petang yang di sediakan Suci..
“Ehhh?!anak manja?sejak bila pulak saya ne anak manja?awak jangan pandai-pandai buat statement tu okey...saya bukan manja!”Bantah Suci menarik muncung panjang.Aliff menahan tawa.
“Apa-apalah..tapi yang penting saya tak setuju asing bilik..kalau parents tanya awak nak jawb apa pulak?”Ujar Aliff ada benarnya.Suci berfikir.
“Tapi bahaya lah kita duduk sebilik awak..saya tak percaya lelaki macam awak ne...nampak je alim..tapi lelaki tetap jugak lelaki kan?bukan malaikat tak de nafsu..”selamba suci menjawab.Aliff buat muka tiada perasaan.
“Awak jangan risaulah..saya takkan kacau awak...lagipun..”Aliff meleretkan suaranya sambil matanya memerhati Suci dari atas ke bawah.
“Hei!!”merah padam muka Suci apabila dibuat begitu.Kedua tangannya sudah bersilang di dadanya.
“Pervert!”marah Suci.Aliff tergelak.Terserlah lesung pipit kecil di hujung senyumannya.kiri dan kanan..
‘Wah....hensem jugak husband aku ne..’desis hati Suci.
“Awak jangan risaulah Suci..Lagipun awak bukannya menarik sangat pun..”Ujar Aliff sengaja menyakitkan hati Suci.Tapi,siapa cakap Suci tak menarik?Tanyalah mana-mana lelaki,mesti mereka juga bersetuju bahawa Suci memang cantik dan menarik.
“Alhamdulillah kalau saya tak menarik pada awak,ertinya saya selamat dari awak..”ujar Suci penuh kesyukuran.Siap mengaminkan doa lagi gayanya.
“so?setuju tinggal sebilik?”Tanya Aliff.
“Okey deal..tapi awak kena jaga batas aurat antara kita.saya geli tengok lelaki seksi.contohnya tak pakai baju..”ujar Suci masih dengan syarat-syaratnya.Aliff menggaru kepala yang tidak gatal.
“InsyaAllah..janji,awak pun samalah...tapi tak payahlah sampai nak pakai tudung segala..kita ne dah sah suami isteri..dah halal pun saya nak tengok rambut awak...ini,sejak pulang dari rumah Bonda sampai sekarang..masih pakai tudung..”sempat Aliff menegur.Suci tersengeh memegang kepalanya yang masih dibaluti tudung.
“Hee...saya segan nak buka tudung depan awak..saya tak biasa..”Ujar Suci sambil tersengeh serupa kerang busuk!
Aliff hanya mengangkat kening memandang Suci.Muka tiada persaan lagi yang dia tayang.
“so?”Ujar Aliff masih memandang Suci.Suci jadi binggung dengan pertanyaan Aliff.Suci turut mengangkat keningnya,bertanya kembali pada Aliff.
“So apa?”
“Tudung?awak taknak buka?”Tanya Aliff  lurus.Muka Blur lagi.
“Tudung?sekarang?ish..taknak lah..nanti-nanti jelah Encik Aliff..”Bantah Suci.
Aliff sengaja tayang muka tiada perasaan.Sengaja memberi tekanan pada Suci.Sebenarnya dia sengaja ingin mengambil keesempatan.Siapa tidak ingin melihat mahkota gadis di hadapannya?sedang bertudung cantik,apatah lagi jika tidak bertudung.
“Rambut awak panjang tak?”soal Aliff setelah lama berdiam diri.
“Ehh?ada ke soal macam tu....rambut saya pendek je...Eh?!!!!”belum habis Suci berbicara,Aliff dengan selamba membuka pin tudung suci satu persatu.Bila Suci membantah,dia hanya membuat isyarat supaya gadis itu diam.
“Kata pendek..”Ujar Aliff kembali duduk di kerusinya tadi setelah selesai menjalankn misinya.
Suci sudah buat muka tidak puas hati memandang Aliff.Rambutnya yang lurus mencecah pinggang sudah terlepas bebas.Cantik!memang cantik!
“Bencilah awak ne..!”bentak Suci mencapai tudungnya lalu naik ke tingkat atas.
Aliff  yang tadinya buat muka tiada perasaan sudah tersenyum.
“SubhanAllah..”Pujinya kagum dengan keindahan ciptaan-Nya.Memang sebentar tadi dia terpegun dengan kecantikan Suci.Tapi sengaja tidak menunjukan minatnya di hadaapan Suci.
‘Aku suka perempuan rambut panjang.’desis hatinya.sekali lagi senyuman menghiasi bibirnya.
~~~~~
“Aliff,saya tak selesa nak tidur sekatil dengan awak...”Akui Suci sambil duduk memeluk bantal di atas katil bersaiz king milik Aliff sebelum ini.
“Ya-Allah..Suci,suci..Besarnya katil tu..masih nak bimbang lagi..takkan awak nak saya tidur kat sofa pulak?Ke awak yang sukarela nak tidur kat sofa?”Ujar Aliff sambil membuka kaca matanya.
“Eyii...taknak lah..sakit badan..”tanpa sedar Suci sudah mengeluarkan sifat manjanya.Merengek.
“Saya pun tak benarkan awak tidur kat sofa..nanti tak gentle lah pulak saya..sayakan gentlemen..”Gurau Aliff sambil tersengeh.
“Aduh.saya tahu la lesung pipit awak tu cute..tak payah nak jeleskan saya..”ujar Suci selamba memuji.
“Alhamdulillah syukur ada orang puji saya..saya tak cakap,awak yang cakap..”Ujar Aliff  sudah menarik selimut.
Suci gusar.Ada sesuatu yang kurang.
“Awak taknak tidur ke??esok nak bangun awal solat..”soal Aliff.Berkerut keningnya memandang Suci yang masih memeluk bantal.
“Saya bukan apa..saya tak boleh tidur kalau takde bantal peluk saya..”Ujar Suci jujur..matanya bulat membalas pandangan Aliff.
Aliff tanpa menungu lama sudah tergelak besar.
“Saya ingat lagi 2 tahun lalu,ada budak tu mengaku dia dah besar..tapi buktinya sekarang,sah budak..masih tak mature..ada bantal busuk..hahahaha”Aliff tergelak.
“Aliff!awak ne,kejam tau..saya taknak kawan awak lgi dah..saya taknak tidur kat bilik ne..”Rajuk Suci terus keluar dari bilik.Selimut Aliff turut di bawa lari.
Aliff menyambung ketawanya lagi.
Di ruangtamu Suci sudah berselubung dengan selimut di atas sofa berangkai.
“Huu..kejam!lucu sangat ke ada bantal busuk?lagipun bantal peluk aku tu bukan busuk pun..comel dan wangi adalah..”bebel Suci dalam keadaan muka tersembunyi di dalam selimut.
Aliff yang berdiri di sisinya langsung tidak diperasankan kehadirannya.Aliff tersenyum-senyum.
“Suci..”panggil Aliff mengejutkannya.Namun tidak di endahkan.Merajuklah katakan.
“Saya minta maaf..pandang sini lah..”Pujuk Aliff.Tidak perlu dia melembutkan suara,sebab sedia lembut.Romantik dan sedap di dengar.
“Taknak!kan saya dah cakap kita putus kawan..”bentak Suci.kedengaran manja di telinga Aliff.Memang manja pun.
“Kalau awak taknak tak pe lah..saya jelah bawa bantal busuk awak ne tidur..good night..Assalamualaikum..”Aliff memancing perhatian Suci.
Suci bingkas duduk berniat memnghalang Aliff.
“Awakk..”Kata-katanya terhenti sebaik melihat Aliff  masih di sisinya tersenyum,di tangannya ada bantal kesayangan Suci.Bantal peluk berwarna hijau lembut.Spontan senyuman Suci terukir lebar.
“Sukalah tu..kalau wak nak,ikut saya..”Ujar Aliff terus meninggalkan Suci.Tanpa menunggu lama,Suci pantas mengejar Aliff.
Menurut Aliff,Bondanya yang memberitahu Aliff tentang bantal peluknya.Bondanya jugalah yang memberikan bantal itu pada Aliff.
‘Tak kisahlah..yang penting tidur aku lena’
~~~~~
Sudah dua bulan mereka sah sebagai suami isteri.Hubungan mereka semakin rapat.Namun Cuma sekadar kawan tidak lebih dari itu.Di rumah Suci sebagai isteri,di tempat kerja,Suci setiausahanya.Hemm..
“Aliff,tak lama lagi Mira dah nak balik Malaysia..macam mana ne?saya tak nak kecewakan dia..kalau dia tahu saya kawin dengan awak?”soal Suci ketika mereka sedang menonton televisyen.
Aliff diam matanya langsung tidak beralih sedikit pun dari kaca televisyen.
“Aliff..awak dengar ke tak ne??”Tanya Suci sambil menarik hujung baju Aliff.
Masih diam tidak terkutik.
“Eeeee..Awak...dengarlah saya nak cakap ne..”Suara Suci sudah berubah rentak.
“Saya dah bagi tahu dia kita kawin...”Ujar Aliff tanpa memandang Suci.
“What??!”Suci terjerit.Bulat matanya memandang Aliff yang jaraknya setengah depa.
“Adoii..janganlah jerit-jerit...dah malam ne.”tegur Aliff.
“Awak kenapa awak bagi tahu dia??Kan saya dah cakap kat awak,kita kena cerai dulu..”belum habis Suci berbicara Aliff memotong.
“Saya takkan ceraikan awak walau apa pun terjadi!Dan saya nak awak berhenti cakap pasal cerai!”Tegas suara Aliff.Suci terdiam.Mereka bertatapan.Tajam mata Aliff menikam anak mata hazel milik Suci.
“Saya dah janji dengan diri saya Aliff..saya akan pulangkan awak pada Mira.Awak bukan milik saya..”Ujar Suci rendah nadanya.Dia terus berlalu meninggalkan Aliff.
“Saya dah mula cintakan awak Suci...kenapa awak tak faham?”bicara Aliff sendiri.Dia mengeluh.
“Asslamualaikum Mira...ni Suci..”Sapa Suci.Air matanya berlinangan.Dia sayangkan kedua-duanya.Tapi untuk memiliki Aliff bermakna dia akan melukakan hati teman yang amat di sayanginya.
“Walaikumsalam...”Jawab Amirah perlahan di hujung talian.Sepi.
“Aliff dah bagi tahu Mira pasal kami?”Soal Suci.Sepi lagi.Tidak lama lepas itu dia terdengar keluhan kecil di hujung talian.
“Mira...Aku..aku minta maaf..”Ujar Suci sebak.Rasaa bersalah menghantui dirinya.
“Sucii...kenpa boleh jadi macam ne..”ujar Amirah lirih.
“Aku terpaksa Mira...”
“Aku cintakan dia,Suci..sangat cintakan dia..”Akui Amirah.
“Mira dengar sini...aku janji akan pulangkan Aliff pada kau..Aku janji Mira..”Ujar Suci memberi keyakinan pada Amirah.
“Kau gila ke Suci...Korang dah nikah..”
“Aku akan pastikan Mira..InsyaAllah aku akan pastikan..”Ujar Suci.
“Jangan Suci..”
“Aku taknak khianati kau..”
~~~~~
Sejak kejadian itu Suci semakin menjauhkan diri daripada Aliff.Dia akan sedaya upaya mengelakkan diri daripada Aliff.Dia perlu!Tinggal sebulan lagi Amirah akan kembali ke Malaysia.
Hari ini Suci sengaja pulang lewat.Dia malas menumpang kereta Aliff.Aliff tiada pilihan lain.
“Alamak..hujanlah pulak.”Suci mengeluh sendiri.Dia berteduh di perhentian bas terdekat.
“Takkan aku nak minta tolong dengan Aliff??seganlah pulak..”Ujarnya sendiri lagi.
Tiba-tiba,telefon bimbitnya barbunyi.
‘Aliff?macam tahu-tahu je aku perlukan dia..’
“Hello assalmualaikum...”
“Waalaikumsalam..Suci awak kat mana ne??”Suara risau Aliff menyapa telinganya.
“Saya kat perhentian bas depan pejabat..hujan lah awak...susah saya nak cari kereta..”Adu Suci,sebelah tangannya bermain dengan hujan.
“Okey...awak tunggu je...saya datang ambil...”ujar Aliff terus mencapai kunci keretanya di atas meja
“Thanks Aliff...”Suci ingin menamatkan panggilan namun Aliff segera menahan.
“Suci..jangan putuskn talian...Saya risau...”Ujar Aliff bersungguh-sungguh.Terharu Suci mendengarkan kata-kata lelaki itu.Suci menurut apa yang di pinta Aliff.
Aliff menyambung handsfree  sebaik dia memulakan pemanduan.
Sepanjang perjalanan Aliff cuba berbual dengan Suci.Hampir 15 minit berlalu.
“Aliff,a.aa..ada lelaki..”tergagap-gagap Suci memberitahu dengan suara agak perlahan.
“Wei..ada chikaro laa...”Ujar seorang daripada 4 lelaki berpakaian agak selekeh itu.
Suci,hanya tunduk menekur lantai.Tidak berani menggangkat wajah.Tubuhnya yang sudah sedia sejuk mengeletar ketakutan.Suara Aliff d hujung talian sudah tidak didengarinaya lagi.
‘Ya-Allah..lindungilah aku...Alifff....’Doanya.dia berharap Aliff tiba tepat pada masanya.
“Hai...Sorang je ke?”soal lelaki berbaju merah pulak.Dengan berani duduk di sisi Suci.
“Adoi..Sam,memang gagal bm lah kau ne...dah nampak dia sorang lagi mau tanya ka?”Tegur lelaki lain pulak.Kemudian mereka semua tergelak.Keempat-empat lelaki itu sudah mengelilingi Suci.
‘Kenapa badan aku tak boleh gerak ne?!’getus hatinya.
‘Bonda...’Serunya dalam hati.dia terlalu takut air mata jangan tanyalah.Jantungnya berdegup kencang sekali.
“Adik...malam ne temankan kami semua ekk...lagipun adik dah kesejukan kat sini..”Bisik lelaki yang bernama Sam.Tangan lelaki itu cuba menyentuh pipi Suci.pantas Suci menepis.
“Wooo...dia main kasar...”sorak teman-temannya.Senyuman menakutkan dihadiahkan pada Suci.Suci berdiri ingin melarikan diri.Dengan pantas Sam dan rakan-rakannya menghalang.Siap ketawa lagi.Maklum jelah macam mana gelak orang penjahatkan..?Tangan Suci di rentap.Suci meronta-ronta dalam esakannya.
“Lepaskan saya......”Pintanya dalam tangisan.Sam bertindak memeluk Suci.Hendak menjerit dia pasti tiada yang dengar,memandangkn hujan lebat,lebih-lebih lagi dalam keadaan gelap macam ne siapalah yang dapat melihatnya.
“Aliff!”Jerit Suci.Suci menutup matanya.
Bukk!!!
Terdengar suara orang mengerang,tubuhnya juga terasa di lepaskan.
“Suci!”Suara Aliff menyapa telinganya.
“Aliff....”Lirih suara Suci sambil memandang wajah Aliff dengan linangan air mata.
Tanpa menunggu lama,Aliff bertindak membelasah keempat-empat lelaki itu.Bukan susah baginya untuk menewaskan penyangak-penyangak itu memandangkan dia juara tae kwan do dan silat sejak di bangku sekolah lagi.Suci pun tahu.
~~~~~
“Mula hari ne saya taknak awak balik sorang-sorang lagi..saya taknak awak ambil teksi atau bas.”Tegas suara Aliff lebih kepada arahan.
Ketika itu Suci baru selesai solat isyak.Terlekung dan sejadahnya di letak ke tempat biasa.
Mata Aliff  tidak lepas dari terus merenung setiap perbuatan Suci.Tajam.Bukan dia marah tapi geram.geram dengan kedegilan Suci.
Mata Suci jelas masih merah kesan daripada tangisannya yang panjang tadi.
Suci hanya mendiamkan diri.
“Awak taknak balik bilik awak ke?saya nak tidur..”ujar Suci dengan suara yang agak perlahan.
“Suci...Hari ne awak kena tidur di bilik saya..”Ujar Aliff sudah menarik selimut yang menutupi tubuh gadis itu.
“Taknak..saya tak percaya awak...”ujar Suci selamba.dia menarik kembali selimutnya di tangan Aliff.
“Saya tak kisah awak percaya saya ke tak..yang penting saya nak awak tidur kat bilik saya juga..”Tegas Aliff  lagi.Suci menayang muka tidak puas hati.
“Eyiiii...bunyi je dah menggerunkan saya..”Pantas Suci menutup seluruh tubuhnya termasuk kepala.
“Awak yang degil...jadi jangan salahkan saya.”Suara Aliff kedengaran dekat sekali.Tiba-tiba tubuhnya terasa melayang.Suci menjerit.
“Aliff...turunkan saya...turunkan!”Ronta Suci.Aliff sudah mencempungnya.sekali dengan selimut.
“Jangan gerak...nanti jatuh patah tulang riuk jangan salahkan saya.”ujar Aliff.Suci berhenti meronta.
:”Saya tahulah nak jalan sendiri..”Getus Suci geram sebaik tubuhnya di letakkan di atas katil yang pernah digunakan dulu.
Tiba-tiba Aliff memeluk tubuhnya erat.Suci tersentap.kaku.
“Saya risaukan awak Suci...please jangan buat macam ne lagi..saya taknak jadi apa-apa kat awak...Saya sayangkan awak..”bergetar suara Aliff menuturkan setiap kata-kata itu.Suci tersenyum.
“Saya minta maaf sebab buat awak risau...dan terima kasih Aliff sebab tolong saya..”Ujar Suci lembut turut membalas pelukan Aliff.Perlahan-lahan esakkannya kedengaran lagi untuk kesekian kalinya.
‘Mira aku cintakan Aliff’desis hatinya perlahan.Dia sudah tidak mampu menepis perasaan yang kian hadir sejak akad nikah Aliff  lafazkan.
~~~~~
“Ya-Allah...Suci bangun! Matahari dah tegak atas kepala tak bangun-bangun jugak...”Bebel Aliff membuka semua jendela.Selepas solat subuh bersama tadi suci menyambung tidur.
“Relaxlah boss...hari ne kan cuti...”Suara serak Suci kedengeran malas sekali.
“Astgfirullahalazim...”Aliff pantas menarik telinga Suci.
“Aaaaaaaaa.....Aliff...sakit lah!”Suci menepis tangan Aliff.Suci duduk.
“Bangun..dah jam 9 suku.Apa jenis isterilah awak ne..”kutuk Alif.
“Alaaa...heri ne je pun,,,berkira sangat awak ne..”Suci turun dari katil terus mengemas katil.
“Buruk punya perangai jangan diamalkan..nanti jadi penyakit yang kronik..”ujar Aliff.
“Mak ai....Rambut..”Suci terjerit apabila terlihat wajahnya di cermin.Rambutnya yang agak kurang kemas segera di sikat.Aliff mendekatinya.
“Hah?nak mulalah tu..”kata Suci sambil membalas pandangan Aliff yang betul-betul berada di belakangnya.
“Nak mula apa?”soal Aliff terpinga-pinga.
“Ganguan seksual awaklah...sesedap ayam masak merah je awak peluk saya semalam..fikir saya tak sedar ke?apa ingat saya tidur mati?”Ujar Suci geram.Semalam bukan main lagi Aliff memeluknya.Dibuang ketepi bantal peluk kesayangan Suci yang menjadi sempadan mereka.
“Ehehe..ada ke?”Soal Aliff  membuat muka tidak bersalah.
“Tanya lagi?”Suci berputar menghadap Aliff.Tambah geram.
“Alaaa awak tak tolak pun?Lagi pun bukan dosa..Halal.Takkan awak nak saya peluk perempuan lain?”Jawab Aliff selamba mengenakan Suci kembali.Merah padam pipi suci di buatnya.
“Saya bukan taknak tolak tapi time tu saya ngantuk sangat..lagipun saya taknak dapat label isteri derhaka...nanti tak cium bau syurga...”Jawab Suci cover malulah tu.
“Wah..awak pakai blusher...Patutlah ayah bonda awak bagi nama Nur Suci Hummairah...”Ujar Aliff terus menyentuh pipi Suci.
“Aliff...Tangan awak tak boo... Uwaaaaaaa....Apa aawak buat ne?!”Suci menjerit sebaik pipinya dikucup lembut.
“Aik?tadi kata taknak jadi isteri derhaka..”Ujar Aliff selamba.
Mata Suci sudah berkaca-kaca memandang Aliff.Geram bila Aliff terus mempermainkannya.Aliff tersenyum manis sekali lagi mengucup pipi Suci.
“Saya Cintakan Awak..”Luah Aliff dalam senyuman yang masih menghiasi bibirnya.
“Saya taknak cintakan awak..,tapi saya rasa saya terpaksa cintakan awak..saya benci awak sebab buat saya suka awak...”Tutur Suci sambil menarik kedua-dua belah pipi Aliff.Aliff mengerang namun hatinya berbunga gembira.Dia menarik Suci kedalam pelukannya.
“Mira dah benarkan saya cintakan awak... “Bisik Aliff di telinganya.Suci terperanjat.
“Hah?!Bila awak tanya?”soal Suci menolak perlahan tubuh Aliff.Aliff  tersengeh sambil menggaru dahinya.
“Lupa pulak...dia ada kat bawah..dengan bakal suami dia..”Ujar Aliff selamba.mata Suci sudah membulat.
“Ya-Allah!Apasal tak bagi tahu..”Suci meluru ke pintu bilik.
“Amboi...nak turun dengan pakaian macam tu je?tudung tak de,basuh muka pun belum lagi..”Tegur Aliff. Suci seger berpatah balik.Aliff sudah tergelak.
Suci sempat menjelirkan lidah pada Aliff sebelum berlalu ke bilik air.
~~~~~
“Aku redha jodoh aku bukan dengan Aliff,Suci..Aku sayang kau,jadi aku amanahkan kau jaga Aliff...lagipun. bakal suami aku pun tidak kurang hebat macam suami kau..”Ujar Amirah sambil tersenyum.
“Kau tak bagi tau aku pun pasal Iqhwan...”Suci berpura-pura merajuk.
“Aku pun bukan tau sangat...Iqhwan jadi boss aku tak bagi aku hint pun yang dia suka aku...tup-tup balik je kami dari kursus kat UK dia terus pinang aku.Ibu Ayah aku terus setuju..Aku tanya kenapa dia tak cakap sebelum masuk meminang,dia jawab saya nak bercinta dengan awak lepas nikah..Alhamdulillah..Aku suka dia..InsyaAllah nanti aku cintakan dia lah..lepas nikah..”Cerita Amirah bibirnya tidak lekang dari senyuman.Terpancar riak bahagia di wajahnya.
:”Aku doakan kau bahagia Mira..”
“Aku doakan kau jugak bahagia Suci..”
~~~~~
“Assalamualaikum...Apasal sayang lawa-lawa malam ne?”Soal Aliff sengaja menyakat Suci.Dia tahu Suci sedang menahan malu.Malam itu Suci Cuma memakai gaun tidur nipis berwarna putih hadiah daripada Aliff.Malah Aliff yang menyuruhnya untuk pakai pada malam itu.
“Waalaikumsalam..Saja nak lawa-lawa.sebab lepas ne nak buat fesyen show kat jiran-jiran..”jawab Suci geram.
Aliff tergelak kemudian memaut pinggang Suci.
“Marah ke?”
“Taklah Happy!”
“Cantiklah Suci pakai gaun ne...”Puji Aliff.
“Suci pakai apa pun memang cantik...Abang je yang tak perasan..”Jawab Suci selamba Sudah tidak ber’saya’’awak’ lagi.
“Ceh...masuk kereta pandu sendirilah pulak dia ne..padahal sebab baju tu yang cantik buat dia nampak cantik..”Sakat Aliff lagi.
“Abang nak saya tunda lagi ke malam pertama kita,ke tahun depan?”Soal Suci geram.Aliff ketawa.
“Taknaklah..Abang nak qada’ first night kita malam ne gak...”Ujar Aliff berbisik di telinga Suci.Suci sudah tersenyum malu.
‘Ya-Allah semoga Engkau sentiasa beradakan hubungan kami di jalan yang Engkau redhai..Tetapkan hatiku untuk dia seorang..Aku mencintai dia kerana-Mu..Bahagiakan kami hingga akhirat..Amin yaRabbAlamin..’Doa suami isteri tersebut dalam hati.


 By Hand: Puteri Desa

2 ulasan: